Sunday, July 28, 2019

Hati Berbunga Bila...


Allahu.... tetiba ada kol masuk. Ada orang tanya, akak tak masuk pasar malam Bandar Country Homes ke hari ni?

Allah... anak akak demam.. akak tak berniaga hari ni..
Siapa ni ye?

Saya beli pisang cheese minggu lepas...
Minggu depan akak masuk tak?

In sya Allah dik. Akak masuk.

Ok kak.. terimakasih..

Allah.. terimakasih dik.. jumpa nanti ye.. maaf ye..

Ok bye...

Alhamdulillah... kalau demam sikit-sikit akak bawak je dik. Ni esok kena ambik darah. Tu yang akak bagi dia rehat.

Alhamdulillah peminat pisang cheese mama makin bertambah.

#pisangcheese
#pisangcheesemama
#rezekidariAllah
#serendah
#Rawang
#huluselangor
#selangor
#bandarcountryhomesrawang
#bandarglobalikhwan

Saturday, July 27, 2019

Selasa - Pasar Malam BCH, Jalan Desa 9, Rawang




Hari Selasa Pisang Cheese Mama ada di Pasar Malam Bandar Country Homes, Rawang. Kali ni kat Bandar Global Ikhwan atau Jalan Desa 9. Sini tak ramai peniaga tapi meriah. Pengunjung ramai.



Khamis - Pasar Malam MPS, Rawang


Setiap hari Khamis Pisang Cheese Mama ada kat Pasar Malam MPS, Rawang. Lokasi ni senang nak cari.
Boleh je google Surau Darussalam, Jabatan Pendaftaran Negara, Klinik Veterinar Daerah Gombak. Kami kat belakang Petronas dan depan surau Darussalam tu. Tak susah la nak cari.





Jumaat - belum tetap lagi

Sabtu - Taman Sri Gombak, Batu Caves


Pisang Cheese Mama cuba tapak yang jauh sikit. Setiap Sabtu Pisang Cheese Mama ada di Pasar Malam Taman Sri Gombak. Sini pun ada banyak gerai. Gerai makanan saja pun panjang.. rasanya ada seratus jugak. Pengunjung dari awal petang sampai malam tak putus-putus. Memang ramai.

Lokasi dia kat Jalan Muhibbah. Betul-betul depan Pasar Basah Taman Sri Gombak. Pasar malam ni memang muhibbah sebab ada peniaga Cina & India jugak. Kiranya pasar malam cina & india bergabung dengan pasar malam melayu. Sebab tu orang ramai dan penjual pun ramai.



Jangan lupa tau. Pisang Cheese Mama kat sini setiap Sabtu.

Ahad - Pasar Malam Bandar Country Homes




Malam minggu Pisang Cheese Mama berada di Pasar Malam Bandar Country Homes, BCH, Rawang. Pasar malam ni pun panjang. Memang banyak gerai. Lebih seratus rasanya. Memang tak larat nak jalan ke setiap gerai. Gerai kami kat hujung sebab kami baru. Jadi rajin-rajinla ye jenguk kat 'pintu masuk' pasar malam ye. Atau kol je nombor telefon kami untuk tau kami kat mana. Follow fesbuk & instagram kami. Kami selalu update lokasi & tapak gerai kami.



Takde dalam google maps. Tapi lokasinya kat kawasan yang kami tandakan merah tu. Mungkin boleh google Cosway BCH la untuk dapatkan lokasi tepat.

Jangan lupa tau Pisang Cheese Mama kat situ setiap Ahad.

Isnin - Pasar Malam Bukit Sentosa


Setiap Isnin kami akan berada di Pasar Malam Bukit Sentosa, Rawang. Lokasinya betul-betul depan stesen bas Bukit Sentosa. Bangunan belakang stesen bas tu ada KFC, Pizza Hut, Restoran Mohd Chan, 7-eleven dan bersebelahan dengan stesen minyak Petron.



Ni la dia tapak pasar malam tu. Memang luas n meriah. Ramai peniaga, beratus-ratus gerai. Pengunjung pun ramai. So jangan lupa datang ke gerai Pisang Cheese Mama setiap Isnin ok.

Depa yang kata....

Hangpa dah ghasa Pisang Cheese Mama ni? Belum lagi??.. laaa awat tak ghasa?

Okey, jom kita dengaq apa kata depa yang dok repeat beli Pisang Cheese Mama ni. Pantang open COD depa dulu yang berebut dok order. Hihi... tenkiu naa...







Tu diaaa... depa habaq kata sedap baq hang. So apa tunggu lagi? Jom lekaih pakat-pakat mai ghasa Pisang Cheese Mama ni. Sekali ghasa mesti teringat selalu.

Friday, July 26, 2019

Pisang Cheese Mama



Pisang Cheese Mama menyediakan pelbagai menu yang memang menjadi feveret terutamanya golongan kanak-kanak, remaja dan belia. Biasanya mereka ni repeat order dan jadi regular customer. Terimakasih atas sokongan.

Pisang Cheese Mama ni istimewa sebab pisang yang digunakan adalah dari jenis pisang abu yang masak dan berkualiti. Rasanya manis dan rangup digoreng dengan tepung goreng pisang ramuan istimewa. Ketika masih panas, cheese diparut ke atas setiap kepingan pisang goreng tadi dan ditambah dengan susu lemak manis berkrim. Topping mengikut pilihan kastemer. Ada yang nak cheese & susu sahaja dan ada yang nak tambah lebih dari satu flavour pun ada.

Ni senarai topping yang ada.
Coklat
Karamel
Milo
Oreo
Strawberry

Coming soon
Green Tea
Salted Caramel